Hepatitis B merupakan sejenis penyakit Hati. Penyakit Hepatitis B lebih cepat berjangkit berbanding HIV atau AIDS. Risiko pesakit Hepatitis B adalah kegagalan fungsi hati atau kanser hati. Ini disebabkan Hepatitis adalah sejenis Virus yang boleh membawa kematian. Jangkitan Hepatitis B berlaku secara akut (tiba-tiba) dan boleh berlarutan seumur hidup. Lebih 90% jangkitan Hepatitis B berlaku secara senyap dan tanpa sebarang gejala. Manakala 10% lagi mengalami demam kuning (jaundis).
Pesakit yang mengalami Hepatitis B kronik berisiko tinggi untuk terus melarat menjadi penyakit sirosis. Kebiasaanya, jangka masa bagi jangkitan virus hepatitis B untuk menjadi sirosis mengambil masa antara 10 hingga 30 tahun. Oleh itu, kesan terhadap pesakit yang mengalami sirosis akibat hepatitis B adalah terdedah untuk mendapat kanser hati. Risiko menghidap kanser hati ini adalah lebih tinggi dalam kalangan lelaki dengan anggaran antara 20% hingga 25% berbanding dengan wanita yang hanya berisiko kecil iaitu di antara 5% hingga 10% sahaja. 10% daripada mereka yang dijangkiti virus ini akan menjadi pembawa kepada virus tersebut.
Hepatitis B dijangkiti melalui;
^ Airliur ^ Air mani ^ Darah
la diperolehi daripada;
^ Ibu kepada anak semasa lahir ^ Suntikan dadah ^ Pemindahan darah
Golongan yang berisiko tinggi dijangkiti:
^ Homoseksual ^ Biseksual ^ Penagih dadah ^ Pekerja hospital ^ Mereka yang tinggal di pusat-pusat kebajikan
Gejala Awal pesakit Hepatitis B :
^ Loya ^ Sakit tekak ^ Demam ^Sakit bhgn Hati ^
Pesakit Hepatitis B kronik akan mengalami masalah kegagalah hati dan seterusnya mengakibatkan masalah dan penyakit seperti:
^ Busung
^ Penyakit kuning (jaundis) yang berterusan
^ Muntah darah
^ Masalah gangguan sistem saraf
Kebanyakan kes Hepatitis B yang kronik akan berakhir dengan kematian.