Select Page

Penyebab Penyakit Hati

Di antara penyebab sakit hati (hepa) ialah:

Pengambilan Alkohol

Alkohol adalah toksik (beracun) kepada sel hati dan boleh menyebabkan keradangan hati dan pengumpulan lemak dalam hati.

Sirosis Hati

Sirosis merupakan penyakit hati tahap akhir yang menyebabkan parut kekal pada hati. Ini disebabkan sel hati normal digantikan oleh tisu parut yang menyebabkan keradangan hati dan akhirnya hati gagal berfungsi.

 Ubat-ubatan

Ubat-ubatan boleh merosakkan sel hati sama ada sementara atau kekal. Sesetengah ubat yang terlebih dos boleh menyebabkan kecederaan hati dan seterusnya merosakkan sel hati.

Contoh:

a. Pengambilan berlebihan acetaminophen (seperti Tylenol, Panadol) boleh menyebabkan kegagalan hati berfungsi.

b. Ubatan statin yang berlebihan bagi mengawal kolesterol dalam darah juga boleh menyebabkan keradangan hati. Tahap keradangan sel hati ini boleh diketahui dengan melakukan ujian kandungan Enzim Hati dalam darah.

c. Antibiotik (seperti Nitrofurantoin, amoxicillin, clavulanic acid, tetracycline) juga boleh menyebabkan keradangan sel hati.

d. Sesetengah ubat-ubatan tradisional dengan jumlah vitamin yang berlebihan (terutamanya vitamin A juga boleh menyebabkan hepatitis, sirosis dan kegagalan hati berfungsi.

e. Kebanyakan cendawan/kulat adalah toksik kepada hati.  Oleh itu, berhati-hatilah makan cendawan yang dipungut liar yang jarang ditemui kerana ia boleh membawa mudarat atau maut.

Penyebab Masalah Penyakit Hati

WhatsApp WhatsApp Sekarang
Hubungi Perunding Kami.