Berapa kalikah dalam masa setahun anda mengambil ujian darah Anda? Adakah ketika didatangi penyakit sahaja? Adakah anda tidak berani utk mengambil Darah? Seharusnya, setiap orang perlu menjalani ujian darah 3 bulan sekal untuk ketahui tahap kesihatan Anda. Sekurang-kurangnya ia adalah langkah awal perlu dibuat sebelum berlaku pada paras yang teruk. Kesedaran melalui kempen perlu kerap di lakukan supaya setiap orang berpeluang utk menyemak masalah kesihatan mereka.
Jom uji Paras ujian darah Anda??
Paras Gula
Kurang 5.6ml = Normal
5.6ml – 6.9ml = Langkah berjaga-jaga perlu dilakukan kerana pada tahap ini anda berisiko mengalami penyakit kencng mans
>7ml = Penghidap Kencing Manis
* Ujian bacaan kencing manis diatas hendaklah dilakukan dengan berpuasa sehari sebelum ujian. Jika tidak berpuasa bacaan normal adalah 7ml,jika melebihi 11ml anda adalah penghidap Kencing Manis.
Paras Kolesterol
Paras kolesterol hendaklah < 5.2 milimol/liter.
HDL Tinggi = LDL Tinggi = Kolesterol Tinggi
HDL Tinggi = LDL Sederhana = Kolesterol sederhana tinggi
>1.3ml (Lelaki) ; 1ml (wanita) = HDL Normal
<3.4ml = LDL Normal bg individu paras kesihatan normal ; ,2.6ml = LDL Normal bg pesakit kencing manis ; ,1.8ml = LDL Normal pesakit yg mempunyai penyakit kencing manis,serangan jantung atau jantung atau pernah lakukan pembedahan pintasan jantung.
Ujian Fungsi Hati
Ujian yg dijalankan adalan bacaan paras protein (albumin), bilirubin dan beberapa enzim hati seperti ALT, AST dan GGT.
Paras bilirubin diukur untuk mengetahui seseorang itu mempunyai cukup ‘bahan’ untuk menghasilkan sel darah baru.
Paras enzim hati akan meningkat jika seseorang itu mengalami jangkitan virus Hepatitis A, B dan C; minum banyak minuman beralkohol, pengambilan ubat dan masalah hati berlemak.
Masalah hati berlemak perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menyebabkan kerosakan hati.
Empat faktor boleh menyebabkan masalah hati berlemak iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi dan berlebihan berat badan atau obesiti.
Fungsi Buah Pinggang
Ukuran elektrolit (garam galian darah) seperti sodium, potassium, klorida, kalsium dan fosfat akan diambil. Ia untuk menentukan seseorang itu mempunyai cukup garam galian dalam badan.
Ujian untuk mengetahui fungsi penapisan yang dilakukan buah pinggang.
Kreatinin yang normal = 110 milimol/liter (wanita) ; 130 milimol/liter (lelaki). Seseorang itu perlu menjalani dialisis jika paras kreatinin berada antara 800 hingga 900 milimol/liter.
Jika paras kreatinin melebihi 130 milimol/liter, bermakna dua pertiga (67 peratus) fungsi buah pinggang sudah rosak. Secara semula jadi, fungsi buah pinggang merosot dengan peningkatan umur. Maknanya semakin tua, paras kreatinin bertambah.
Kemerosotan buah pinggang adalah perkara serius kerana peningkatan paras kreatinin daripada 130 ke 800 milimol/liter boleh berlaku dalam masa singkat. Tanpa penjagaan rapi, dalam masa beberapa tahun kerosakan buah pinggang sepenuhnya boleh berlaku.
Dua punca boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang iaitu kencing manis dan tekanan darah tinggi. Hampir 90 peratus kerosakan buah pinggang disebabkan dua penyakit ini, manakala 10 peratus lagi berpunca daripada masalah buah pinggang itu sendiri.
Dan beberapa ujian lain yang perlu anda ketahui lagi seperti ujian air kencing, ujian tekanan, ujian tambahan mamogram utk wanita kenalpasti kemungkinan menghidapi kanser.
Ramai orang takut hendak menjalani saringan kesihatan, bimbang jika keputusan menunjukkan mereka menghidap penyakit tertentu. Ini anggapan yang silap kerana jika penyakit dapat dikesan awal, peluang untuk sembuh jauh lebih baik kerana negara kita mempunyai sistem rawatan yang terbaik dan moden.
Jika dikesan awal, kos rawatan jauh lebih murah. Jangan biarkan kebimbangan ini menjadi penghalang. Kos saringan kesihatan juga tidak mahal dan anggaplah ia pelaburan yang bermanfaat, terutama untuk mengecap kehidupan lebih baik