Select Page

Di Satu ketika, pengalaman sebagai seorang konsultan mengajar kita mengenali pelbagai rupa manusia. Pengalaman ini bukan untuk menilai manusia tetapi menjadi teladan kepada masyarakat. Dalam satu keluarga yang ramai adik beradik 7orang adalah satu keluarga yang besar. Saya telah dihubungi dengan seorang perempuan (nita bukan nama sebenar) ” Saya berminat nak tahu pasal ubat tonik hati, boleh datang tengok ayah saya”. Dgn jarak pejabat ke rumah Nita 2jam saya gagahkan diri untuk bertemu pesakit. Setibanya saya di rumah Nita 4 adik beradik,ibu,anak-anak kecik dan si pesakit ayah Nita. Melihat keadaan Si Ayah hati saya cukup sayu dengan Perut Buncit, Mata berair kekuningan, Kaki membengkak dan nada yang menyayat hati. Di situ saya berperwatakan sebagai menasihati dan mencadangkan pengambilan ubat kami.

Selesai penerangan pertanyaan dan pertanyaan diucapkan dari nita dan adik beradik. Perbincangan mereka menjadi tegang kerana ubat ini Mahal iaitu promosi ketika itu RM1500 jika ambil 1 set. Akhirnya saya mencadangkan 1botol RM300, mereka masih ingin dapatkan murah saya pun bagi RM280. Mereka masih tegang dan menganggap mahal! mahal! mahal! itulah perkataan yang dengar dari 3 adik beradik Nita. Ya allah adakah satu kesilapan aku mencadangkan ubat yang tentu-tentu berkesan. Sehingga tamat perbualan mereka memutuskan tidak mengambil ubat itu. Saya hanya melihat ayah berkata “Pakcik tak mampu nak” , apa yang saya harap bukanlah si ayah yang membeli ubat biarlah sbg anak yang mengubati ayah yang sedang kesakitan. Gurauan kecil anak-anak menjadi saya tidak terkata “Ayah beli lah ayah yang sakit,ayah bayar la” . Saya hanya mampu melihat airmata ayah mengalir sebelum saya beransur pulang.

Selang 3ari kemudian nita hubungi saya ” Cik ayah saya semakin teruk dan tenat ditahan di hospital” , saya teringat semasa perbualan saya ada berpesan “Nita kena rawat ayah makan ubat kami insyaallah boleh kurangkan kesakitan ayah, takut kalo takde makan ubat dalam 2,3 hari teruk ayah” tapi kata-kata itu tidak membawa hasil. Saya bukan nak mengagungkan ubat ini tapi pendapat saya dgn pengalaman yang banyak saya percaya itu akan terjadi. Ketika tu saya memujuknya dan mengurangkan harga RM250/botol. Nita masih menjawab da akan bncng dgn 7 adk beradik lain serta meminta nasihat utk masalah saya. Sebagai konsultan dgn ikhlas saya mencadangkan beberapa fizikal terapi utk kurangkan kesakitan tp tidak mampu juga utk melawan penyakit yang datang dari dalam. Saya menunggu aritu sekiranya Nita jadi beli ubat utk ayah nya yang tenat. Tetapi tidak ada jawapan sehingga 3hari berlalu.

Tonik Hati Al Jabbar

Nita hubungi saya lagi “cik petang ni saya nak ambik ubat, ayah teruk muntah darah” , saya bersedia utk hantar, bila tiba petang saya tunggu lagi tapi Nita tidak menghantar sebarang pesanan. maksudnya masih tidak jadi utk tempahan. 2 hari selepas itu tanpa sebarang mesej balas saya telah dihubungi Nita bahawa Ayah iaitu si pakcik yang menangis semasa hari saya berjumpanya telah pergi meninggalkan anak-anak dan keluarganya. Perasaan saya amat tersentuh ketika itu, saya masih terfikir apakah nilai wang dengan kesakitan ayah sebelum si ayah menghembuskan nafas terakhir. Saya terfikir dgn bilangan adk beradik yang ramai tp nilai RM280@RM250 menjadi ukuran dgn kesakitan ayah. Pada saat itu,sesiapa shj yg melihat dan melaluinya pasti bersimpati pada nasib si ayah. Andainya ketika itu Si Nita ambil ubat itu pasti ayah mengalir air mata kerana mereka sayangkan ayah bukan mengalirkan airmata melihat anak-anak menyayangi wang semata. Mashaallah,Subhanallah

Diharap pengalaman ini mengajar semua anak-anak sayangilah ayah, walau kita tahu mungkin tiada ruang atau ajal hampir tiba. tidak salah manusia ikhtiar disaat penghabisan. Dijadikan cerita sebenarnya ketika saya datang rumah 4 orang anak si Tua iaitu si Nita seorang peniaga,akak beliau sorang cikgu agama, seorang akak lagi kerja kewangan swasta, adik beliau seorang kerani pos, dan yang lain bekerja. Saya terasa bukan sebab tiada jualan tapi saya sempat berborak dgn si Nita, si Nita ada menyatakan pendapat niaga tender makan sebulan cecah RM40000-Rm50000. Itulah persoalan saya nilai RM50000 dgn RM250 utk seorang ayah

WhatsApp WhatsApp Sekarang
Hubungi Perunding Kami.