21 November 2013
Category:
Artikel
Comments: 2

Gejala Awal Masalah Hati ‘Hati Berlemak,Bengkak Hati,Sirosis Hati,Barah Hati & Hepatitis’

Hati adalah organ kedua terpenting tubuh badan manusia. Ia merupakan sistem tapisan toksin dalam tubuh badan. jika anda mempunyai masalah hati atau mengidap penyakit hati hendaklah disegerakan berubat. Ini kerana jika hati rosak pelbagai penyakit akan dihidapi serta merosakkan fungsi-fungsi tertentu  dalam tubuh badan.

Antara Gejala Awal anda menghadapi masalah hati :

1. Bau Mulut yang tidak menyenagkan disebabkan oleh pengeluaran asid ammonia berlebihan dalam badan.

2. Lingkaran Hitam atau kelelahan , secara jelas gangguan fungsi hati boleh memberi kesan kulit rosak dan kelelahan melampau. ia boleh dilihat spt di lingkaran bawah mata apabila pesakit kurang tidur.

3. Masalah pencernaan, penghidap yang mengalami lemak pada hati boleh menyebabkan selaput lemak menghalang pesakit utk mencerna dgn lancar. sebab itu pesakit susah buang air, sakit perut, kurang selera makan atau rasa mual

4. Perubahan warna kulit, kulit timbul bintik-bintik merah atau putih. Kulit juga akan kehilangan pigmentasi kulit.

5. Perubahan warna urin, Perhatikan warna air kencing dan najis anda. Jika berwarna gelap, kemungkinan anda menderita dehidrasi. Namun jika hal ini berlangsung terus menerus, mungkin hati anda tidak lagi berfungsi baik.

6. Mulut terasa pahit. ini kerana hati adalah tempat penghasilan hempedu. Jika masalah hati berlaku mulut anda akan terasa pahit hempedu

7. Perut membesar atau membulat yang lain dari biasa. jika tidak merawat hati anda yang rosak itu ia akan menyebabkan perut mengeras dan menyebabkan perjalanan pesakit terbatas.

 

Hati Rosak Gejala Awal Masalah Hati Hati Berlemak,Bengkak Hati,Sirosis Hati,Barah Hati & Hepatitis

2 responses on “Gejala Awal Masalah Hati ‘Hati Berlemak,Bengkak Hati,Sirosis Hati,Barah Hati & Hepatitis’

  1. hafizmd says:

    As salam,

    Terima kasih berkongsi. Byk ilmu kesihatan yg baru di sini terutamanya perihal hati.

  2. Denaihati says:

    terima kasih maklumat kesihatan yang baik ni, sama-sama kita menjaganya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>