Select Page

Tiada alasan atas komitmen , tugas & kerja di tempat kerja disebabkan atas kerjaya, sasaran dan pencapaian dalam setiap kerja dilakukan. Sedikit sebanyak ia memberi impak keatas diri pekerja itu terutama tahap beban kerja terhadap kesihatan. Ini mewujudkan satu Tekanan kepada seseorang. Ukuran tekanan bergantung kepada beban dan berat sesuatu pekerjaan dari segi fizikal dan mental. Dimana kebiasaannya tekanan Mental adalah tekanan tertinggi dalam pekerjaan.
Tekanan yg berterusan tanpa sebarang ubat akan merisikokan tahap tekanan seseorang sehingga boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan seseorang. Jelas dsini tekanan dihadap boleh diatasi dgn Teknik REHAT,RELAKS & TIDUR yg baik.

Rehat dan Relaks

Rehat adalah apa yang kita lakukan untuk biarkan tekanan reda . Berehat di akhir hari atau  pada akhir seminggu akan membantu kita untuk bertenang.

Melakukan perkara menyeronokkan yang kita nikmati di masa lapang juga dapat atasi fikiran kita dgn kertas kerja dari tempat kerja. Antara aktivti menyeronokkan adalah

1) Bersukan yg tidak bergegas aitu perlahan atau hobi anda. Aktiviti perlahan tidak bergegas seperti belayar, berjalan, membaca novel, menonton televisyen atau bersosial seperti berjumpa rakan-rakan.
2) Percutian, adalah perkara terpenting dan perlu utk hilangkan tekanan. Percutian bukan bercuti sehari pada hujung minggu tapi digalakkan bercuti pada pertengahan tahun dan akhir tahun. Tempoh percutian adalah bukan semnggu tapi lebih iaitu 2minggu

Tidur

Purata jam tidur mencukupi adalah 8jam, jika kita kurang tidur pada masa ditetapkan maka tahap kesihatan dan tenaga akan merosot.

Tonik Hati Al Jabbar

Petua

Tekanan yg melampau boleh memberi kesan semasa tidur, kalau anda perasan tidur terjaga-jaga, tidur tidak lena seperti terkejut sewaktu tidur. ia menunjukkan pemikiran anda dikuasai tekanan melampau akibatnya anda tidak cukup tenaga dan hilang mood kerja, akhirnya kerja anda merosot.

Atasinya dgn :

1) Pastikan berhenti melakukan kerja mental beberapa jam sebelum tidur supaya otak boleh bertenang sebelum tidur.

2) Membaca beberapa minit shj, sesuatu bacaan menarik dan buka minda yang boleh buatkan anda melupakan hal-hal kerja di pejabat.

3) Kurangkan pengambilan kafein & alkohol iaitu tidak digalakkan pengambilan selepas jam 4petang

4) Meditasi aitu khayalan dimind anda dengan perkataan atau perbuatan yang membuat anda berfikir seperti lena di bilik tidur sambil dialunkan muzik jika anda penggemar muzik

WhatsApp WhatsApp Sekarang
Hubungi Perunding Kami.