Select Page

Kenali Hati Anda

Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic.

Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen.

Hati manusia dewasa mempunyai berat antara 1.3 – 3.0 kilogram.

Hati merupakan organ kedua terbesar manusia (organ terbesar adalah kulit) dan kelenjar terbesar dalam tubuh manusia.

Fungsi Hati

  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.

  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.

  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.

  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.

  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.

  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI

  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.

  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.

  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.

  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.

Jenis-Jenis Penyakit Hati

 

Hati Berlemak:

Selain masalah jantung mengandungi lemak yang boleh menyebabkan tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit, ada organ lain yang tidak terkecuali berdepan masalah yang sama.

Organ terbesar dalam tubuh yang mempunyai pelbagai fungsi penting yang dimaksudkan ialah hati.

Hati berlemak atau steatosis adalah satu keadaan yang mana ada lemak berlebihan pada hati. Hati berlemak kerap jadi pada wanita.

Pakar Perunding Gastroenterologi, Jabatan Gastroenterologi, Hospital Kuala Terengganu (HKT), Dr Ahmad Shukri Mohd Salleh berkata, meskipun hati berlemak bukanlah sejenis penyakit, ia adalah petanda bahawa seseorang menghadapi masalah kesihatan.

Hati berlemak yang tidak dirawat boleh mendedahkan individu terbabit menghadapi masalah hati atau penyakit lain yang lebih serius.

Dr Ahmad Shukri Mohd Salleh

Hati adalah organ yang berfungsi untuk menukar lemak yang dimakan kepada jenis lemak yang digunakan oleh tubuh.

Trigliserid pula antara bentuk lemak yang disimpan dalam tubuh dan digunakan untuk tenaga serta pembentukan sel baru.

Bagaimanapun, pemecahan lemak ini boleh terganggu oleh minuman keras, kekurangan zat makanan, kehamilan atau keracunan.

Dalam kes hati berlemak, jumlah lemak yang kebanyakannya terdiri daripada trigliserid ada dalam sel hati.

Jika lemak yang diproses ini berlebihan daripada apa yang diperlukan dalam tubuh, ia akan disimpan. Di kalangan individu yang obes, lemak akan lebih banyak terbentuk dalam sel hati.

Beliau berkata, dalam kes yang serius saiz hati meningkat tiga kali ganda daripada saiz normal.

 

 

Hepatitis A, B & C

Apa itu Hepatitis?

Hepatitis merupakan penyakit radang hati.  Istilah ‘hepatitis’ berasal dari perkataan ‘hepar’ (hati/liver) dan ‘itis’ (radang).  Hepatitis terjadi akibat daripada pelbagai faktor.

Hepatitis boleh disebabkan oleh virus, dadah, alkohol, bahan kimia atau jangkitan virus.  Terdapat beberapa jenis virus yang boleh menjangkiti hati dan menyebabkan hepatitis.

Ada banyak jenis hepatitis viral, antaranya ialah:

  • Hepatitis A kerana jangkitan virus hepatitis A.

  • Hepatitis B kerana jangkitan virus hepatitis B.

  • Hepatitis C kerana jangkitan virus hepatitis C.

Antara risiko yang dikenalpasti untuk penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C ialah perkongsian jarum suntikan, hubungan seks dengan pasangan yang mempunyai jangkitan dan melalui kelahiran iaitu ibu kepada bayinya.

Dato Dr Zaininah , Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL)

ADAKAH ANDA SALAH SEORANG PENGHIDAP??

 Di seluruh dunia dianggarkan 650 juta orang dijangkiti Hepatitis..

Apakah tanda-tanda amaran Hepatitis?

Kebanyakan orang dijangkiti tidak mempunyai tanda-tanda. Kalau tanda-tanda berlaku , ia adalah sama untuk semua berlainan jenis hepatitis.

Tanda-tanda antara ialah:

  • Merasa letih

  • Kurang selera makan/Loya

  • Muntah

  • Sakit perut (abdomen)

  • Warna kuning pada mata putih dan kulit (penyakit kuning)

  • Air kencing berubah warna menjadi warna teh

  • Warna najis berubah pucat atau warna tanah liat

Apakah komplikasi hepatitis yang kronik ?

Bila penyakit hepatitis kritikal dan kronik (lebih dari 6 bulan), kemungkinan organ hati sudah rosak. Lama-kelamaan sel-sel hati bertukar menjadi tisu fibrous dan meninggalkan parut dipanggil sirrosis hati.

Tanda-tanda sirrosis hati ialah :

  • Abdominal membengkak

  • Sangat mudah lebam

  • Berubah tingkah laku atau berubah kepekaan

  • Muntah darah

  • Najis hitam

Komplikasi sirrosis hati:

  • Kanser hati

  • Maut

Bila sirrosis hati tidak mengekalkan fungsi-fungsi sebenar hati atau komplikasi tidak terkawal lagi, untuk meneruskan hidup pesakit itu memerlukan pemindahan organ hati yang baru menerusi prosedur transplan.

Apakah hepatitis A?

Hepatitis A didapati dari memakan makanan atau meminum minuman dicemari oleh virus hepatitis A. Virus hepatitis A didapati dalam najis seseorang dijangkiti hepatitis A .

Siapakah yang mempunyai risiko mendapatkan jangkitan hepatitis A ?

  • Individu yang menjamah makanan dan minuman dijangkiti disediakan oleh individu dijangkiti Hepatitis A yang tidak menjaga kerbersihan diri.

  • Ahli keluarga atau hubungan seks dengan individu yang dijangkiti.

  • Hubungan seks sesama lelaki.

Apakah Hepatitis B?

Hepatitis B boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Ia adalah penyakit hati terbanyak di Malaysia.

Jangkitan virus Hepatitis B tidak macam Hepatitis A, ia boleh menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati.

Di Malaysia, bilangan penduduk yang menderita penyakit Hepatitis B biasanya dijangkiti sejak dalam kandungan lagi atau semasa kecil.

Ini menyebabkan risiko tinggi untuk menjadi penyakit hati yang kronik.

Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan hepatitis B?

  • Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV.

  • Tinggal serumah dengan individu dijangkiti.

  • Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti .

  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental).

  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks.

  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan.

  • Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1972.

Hepatitis B  tidak merebakkan melalui makanan atau minuman, berkongsi hidangan atau perkakas dapur, pinggan mangkuk, batuk, bersin dan hubungan biasa.

Apakah Hepatitis C ?

Hepatitis C boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Majoriti individu yang dijangkiti tidak menpunyai simptom-simptom.

Berbanding dengan hepatitis B, jumlah pesakit Hepatitis C adalah sedikit di Malaysia .

Bagaimanapun, individu yang dijangkiti akan menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati dengan komplikasinya.

Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan hepatitis C?

Pasangan hubungan seksual dengan individu dijangkiti.

  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental.

  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks .

  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan .

  • Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1994.

  • Pesakit menggunakan haemodialysis.

  • Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti tetapi risiko itu dijangkiti adalah sangat kecil (kira-kira 4%.)

Cirhosis (Sirosis) Hati

Sirosis hati adalah parut pada hati yang melibatkan pertukaran gentian tisu (scar) yang bergabung dengan pemusnahan organ yang normal.

Hasil daripada kecederaan yang lama secara amnya hasil dari pengambilan alkohol secara berlebihan tetapi terdapat beberapa punca utama yang lain.

Sirosis adalah keadaan yang serius. Hanya 30 peratus pesakit dengan masalah ini dapat hidup selama 5 tahun selepas diagnosis dan tinjauan menunjukkan ia akan menjadi lebih teruk jika puncanya adalah alkohol dan pesakit tetap meminumnya juga.

Sirosis adalah penyakit yang kurang dikenali yang kebanyakkannya berjangkit pada wanita. Ia tidak berkait dengan alkohol.

Untuk beberapa sebab badan akan menyerang hati pada pesakit adalah dengan sirosis.

Kanser Hati

Sesuatu yang amat menakutkan mengenai kanser hati adalah kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom yang jelas pada peringkat awal ia bermula.

Apabila simptom2 tertentu mula dirasai seperti perubahan pada warna mata putih ( kekuningan ) atau terdapat benjolan yang menyakitkan pada abdomen, anda sebenarnya berada pada peringkat 4 kanser hati.

Peringkat awal kanser hati seringkali ditemui secara tidak sengaja apabila doktor melakukan rutin2 biasa semasa merawat penyakit lain seperti melakukan imbasan dan ujian darah.

Gejala Penyakit Hati

Rahsia semulajadi merawat dan mencegah penyakit hapetitis kami bongkarkan.

Kami menerima banyak ADUAN dari pengguna yang TERPEDAYA dengan TONIK HATI MURAH TIRUAN di pasaran. Elakkan anda menjadi MANGSA seterusnya yang memberi KESAN BURUK dan MEROSAKKAN HATI anda.

Apa itu TONIK HATI?

 

 

TONIK HATI (Hidayah HB Plus) adalah jenis rawatan ubat herba tradisional yang telah digunakan sejak bertahun lama untuk merawat penyakit yang melibatkan hati dengan penuh kejayaan.

Ubat herba ini hanya mengandungi herba-herba asli dan ubat-ubatan dari hutan hujan tropika. Sudah berabad lamanya generasi kita mewarisi ramuan dari herba asli.

Dengan kelengkapan moden, ubat herba kini boleh didapati di pasaran dan setanding dengan ubatan moden.

8 Manfaat Tonik Hati

  • Melemah dan membasmi virus yang menjadi punca utama penyakit hepatitis.

  • Menguatkan sistem imunisasi badan, membekalkan antibodi dan membantu menghasilkan antibody

  • Menguat dan memperbaiki fungsi organ hati dan membaiki kerosakan sel-sel hati.

  • Menghilangkan dan mengurangkan gejala akut dan gejala kronik pesakit hepatitis

  • Menyuburkan pertumbuhan sel-sel hati yang baru mengikut susunan yang teratur dan lengkap

  • Mencuci darah daripada pelbagai bahan kimia, toksik, dan bahan-bahan berat yang lain

  • Membantu menghilangkan dan menyembuhkan gejala hepatitis/ radang hati

  • Merawat dan menyembuhkan hepatitis

Bagaimana Tonik Hati dapat Membantu Merawat Masalah hati?

Tonik hati ini dirumus khas bagi membantu merawat masalah hati. Bagi pesakit yang menghidap hati berlemak, ia membantu untuk merawat semula kerosakan sel-sel hati dan seterusnya menyingkirkan lemak yang menyeliputi sel hati dan mengurangkan simptom-simptom yang dialami oleh pesakit.

Namun begitu proses untuk merawat bergantung kepada bacaan enzim hati (GGT). Jika enzim ini terlalu tinggi kemungkinan pesakit perlu menggunakan tonik hati untuk tempoh 3 – 12 bulan.

Lemak di hati boleh dilihat melalui ujian fungsi hati atau ujian imbasan. Ketika pesakit menjalani ujian imbasan (scan) akan kelihatan tompok-tompok putih pada hati (anda juga boleh gambarkan pesakit, hati berlemak pada hati manusia seperti lemak pada hati ayam).

Kesan Selepas Pengambilan Tonik Hati

Pesakit hati berlemak jaundis akan berkurangan, demam pulih, busung juga akan berkurangan atau menyusut.

Pesakit biasanya akan merasa sedikit perubahan sekurang-kurangnya dalam tempoh 1 minggu pertama kesan pemulihan ini bergantung kepada sistem badan pesakit, kerana darah kita berbeza jenisnya

Dari sudut klinikal, pesakit boleh melihat kesan tonik hati melalui ujian darah (UJIAN FUNGSI DARAH) lihat pada bacaan enzim hati.

Pastikan bacaan tersebut berada di paras yang normal sebelum menghentikan penggunaan tonik hati.

Pantang Larang Dalam Pemakanan

  • Kurangkan pengambilan air samada dalam bentuk minuman atau makanan seperti sup atau bubur dan buah-buahan yang mempunyai banyak kandungan air seperti tembikai.

  • Kurangkan pengambilan garam.

  • Elakkan makanan laut yang bercengkerang.

  • Elakkan makanan yang berkolestrol tinggi dan makanan berlemak.

  • Elakkan makanan segera.

  • Elakkan pengambilan susu cair.

Kesan Sampingan Lain

Keletihan, mengantuk, pedih pada bahagian ulu hati, muntah (lebihan asid yang masuk ke saluran makanan akan dikeluarkan), rasa seperti demam.

Walaubagaimanapun, sesetengah pesakit tidak mengalami kesan sampingan ini bergantung kepada kondisi badan pesakit.

Kami menerima banyak ADUAN dari pengguna yang TERPEDAYA dengan TONIK HATI MURAH TIRUAN di pasaran. Elakkan anda menjadi MANGSA seterusnya yang memberi KESAN BURUK dan MEROSAKKAN HATI anda.

WhatsApp WhatsApp Sekarang
Hubungi Perunding Kami.